Apr 26, 2013

Haji -Doa di Arafah (Doa Munajat Seorang Isteri)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas.  Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal.  Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan, kau peliharalah lidahku dari kata-kata yg nista.  Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu, kau berikanlah aku sifat kasih sesama Insan

Ya Allah! Sekiranya suami ku ini adalah pilihan mu di Arasy, berilah aku kekuatan & keyakinan utk terus bersamanya. Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian mu, kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya.  Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dgn sifat tunduk & tawadduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suami ku ini adalah terbaik untukku di dunia Mu, peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.  Sekiranya suamiku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya.

Ya Allah, pautkanlah hatinya kepada ku seorang sahaja.  Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya.  Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan utk aku memperbetulkan keadaannya.Sekiranya suamiku tersesat, kau pandulah aku utk menarik diri keluar dari terus terlena.

Ya Allah! Kau yg maha mengetahui apa yg terbaik untukku, kau juga yg maha mengampuni segala kesilapan & keterlajuranku.  Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai.  Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhirat mu. Sekiranya aku engkar & derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat mu Ya Allah.  Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk mu, aku buta tanpa bimbingan mu, aku cacat tanpa hidayah mu, aku hina tanpa rahmat mu Ya Allah.

Kuatkanlah hati semangat ku, tabahkanlah aku menghadapi segala cubaan mu.  Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami.  Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama mu kerana pendek akalku mengharungi ujian mu.

Ya Allah Ya Tuhank ku! Aku hanya ingin menjadi isteri & ibu yg dirahmati, isteri & ibu yg dikasihi, isteri & ibu yg solehah, isteri & ibu yg sentiasa di hati suamiku & anak-anakku.  Amin, amin yarabbal aalamin...

Ya Allah! Kurnniakanlah kpd kami kebaikan hidup di dunia & akhirat, dan selamatkanlah kami dari azab api neraka.


(Sebenarnya ada cerita di sebalik bagaimana aku mendapat doa ini...tu lah...di sana, apa aje yg terlintas di hati, Allah dengar, malah dia akan beri lebih lagi.  Ceritanya begini, ada dalam satu ceramah ni, sorang ustaz tu dia bacakan doa yg panjang sebelum kami bertolak ke Arafah. Towards the end of the doa, aku rasa mcm familiar je doa tu, mcm pernah aku baca. Sekali, rupanya doa ni sama spt doa utk di baca kat Arafah yg aku dah catat dlm buku nota aku.  Cuma, doa ustaz ni lagi panjang & comprehensive.  So, aku berniat nak buat sdkt kebajikan sbb aku rasa x ramai jemaah prepare doa yg panjang utk dibaca kat Arafah, atau mungkin ada yg x prepare langsung sebarang doa utk di baca di sana nnt. Alangkah ruginya sbb kita  mungkin diberi rezeki sekali seumur hidup utk bermunajat di Arafah pada hari wuquf. So, baik gunakan peluang yg ada ni utk berdoa sebanyak yg mungkin.  Belum tentu Allah akan pilih kita lagi di masa hadapan, Wallahua'alam....

Back to cerita aku tadi...so, masa aku uzur tu, aku mengambil kesempatan utk tulis doa ni dlm kertas kajang (guna tangan you....lenguh wehhh...berhari-hari aku tulih). Ingat nak pinjam komputer ustaz/ustazah tp segan plak. So, aku decided tulih dgn tangan je.  Abih tulis (rasanya dlm 5-6 mukasurat la gak), aku ajak laki aku gi kedai fotostat, nak buat few copies then distribute kat jemaah2 yg lalu depan aku.  Sekali, rezeki aku baik.  Ada sorang pakcik ni, dari hotel seberang kami pun sdg fotostat. Laki aku mintak tengok doa tu....Sekali doa tu adalah doa yg di baca oleh Ustaz yg bagi ceramah kat kami earlier.....Gembira x terkira aku.  Allah maha mendengar lg Maha Menolong.  Bukan tu aje, dia bagi bonus lagi kat aku sbb pakcik tu pun tgh buat copy 'Doa Munajat Seorang Isteri'.  So, kami pun buat few copies & sambil balik ke hotel, distribute la kat jemaah2 yg lalu depan kami.  Hopefully, ada gak jemaah2 lain buat few copies utk diberi kpd kwn masing2.  Kami nak buat copies byk2, x sanggup la sbb mahal buat photocopy kat sana. X ingat berapa...tp mahal la...! Masa haji semunya mahal. Korang bayangkan, pad wanita 10 pieces tu pun deme jual RM21 Riyal (RM21 hinggit!!). Bayangkan!! 

So, dgn tertulisnya doa ni dlm blog aku, sesapa yg terbaca...Alhamdullillah...dpt gak aku menolong bakal jemaah2 yg sdg tercari-cari doa yg best utk di baca kat Arafah nnt. Pada aku, doa2 ni best sbb aku ni x reti nak menyusun/mengarang ayat2 power & menusuk kalbu. Mmg syukur sgt aku terjumpa pakcik tu.   

Haji - Doa di Arafah ( Doa Taubat)

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Kami bertaubat kpd Allah.  Kami bertaubat kpd Allah. Kami bertaubat kpd Allah. dan kami menyesal terhadap apa yg kami lakukan.  Dan kami berazam untuk tidak kembali berbuat dosa utk selam-lamanya.  Dan kami terlepas drpd tiap-tiap agama ug menyalahi agama Islam. Dan kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar-benarnya melainkan Allah yg Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.  Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah.

Kami telah redha bahawa Allah itu Tuhan kami & Islam sebagai agama kami & penghulu kami Muhammad s.a.w itu Rasul Allah.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat & kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga & para sahabatnya sekalian.  Kurniakanlah kpdnya kesejahteraan yg sempurna & jadikanlah penyanyang & pengasih terhadap kami & orang-orang mukminin sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami! Satukan hati-hati kami, satukan hati kami suami isteri, satukan hati anak-anak kami, satukan hati ibu bapa kami, satukan hati adik beradik kami, satukan hati saudara mara kami & satukan hati saudara Islam kami, baik yg sudah tiada atau yg masih hidup.  Janganlah kami bersengketa dan berbalah, janganlah kami dengki mendengki antara satu sama lain.  Wujudkan perasaan kasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati, tolong menolong, bertolak ansur sesama kami.  Selamatkanlah masyarakat Islam di Malaysia dari kezaliman & pengianayaan dan tegakkan & martabatkan agama Islam di Malaysia, bumi tercinta kami. Peliharalah & lindungilah anak-anak kami, cuc cicit kami, keturunan kami & anak-anak muda di Malaysia dari pengaruh & godaan syaitan, pengaruh budaya barat & kafir.

Tetapkan & teguhkan iman Islam di hati-hati mereka, sesungguhnya mereka-mereka inilah yg bakal mempertahankan agama Mu & kebenaran di masa akan datang.

Ya Allah Ya Tuhan ku! Dengarlah rintihan kami, dengarlah suara hati kami, kami bertaubat Ya Allah. Ya Allah, kami kembali Ya Allah, kami menyesali di atas segala perbuatan kami.

Ya Allah, ampunkan kami Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami Ya Allah, Ampuni Ya Allah, ampuni kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan ku, limpahkanlah rahmat & kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, rahmat yg dengannya menyampaikan hajat kami menunaikan haji ke rumah Mu Baitulharam & mengunjungi maqam kekasih Mu junjungan Nabi Muhammad s.a.w kepadanya dipohonkan kelimpahan rahmat & kesejahteraan semoga kami dikekalkan di dalam sihat afiat, selamat & kesampaian segala hajat kami dan kurniakanlah rahmat & sejahtera ke atas kami & kurniakanlah rahmat & sejahtera ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda s.a.w.

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....

Haji - Doa di Arafah (Part III)

Ya Allah Ya Tuhanku! Bagu mu segala pujian seperti yg kami katakan, malah lebih baik dari apa yg kai katakan. Ya Allah!, Ya Tuhanku! Bagi mu segala solatku, & ibadahku, hidupku & matiku & kepadamu tempat kembaliku  & bagi Mu wahai Tuhan segala kepunyaan tanganku.  Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri dgn Mu dari siksa  kubur & was-was dada serta kacau bilau dalam urusan diri.  Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya akuberlindung diri dgn mu dari segala keburukan yg di bawa oleh angin

'Laa haula walaa quwwata 'illa billa hil'aliyyul a'zim.......'

Ya Allah Ya Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat & selamatkan kami dari siksa api neraka.  Ya Allah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menganiayai diriku dgn penganiayaan2 yg namyak & sesungguhnya tiada yg mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau.  Maka ampunilah kami dgn satu pengampunan dari sisi Mu & belas kasihanlah kami & sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dgn suatu pengampunan yg membetulkan semua urusan baik di dunia mahupun di akhirat & belas kasihanilah aku dgn suatu rahmat yg menjadikan aku bahagia di dunia & akhirat & ampunilah aku dgn taubat nasuha yg tidak bakal aku ingkari sama sekali.  Kekallah aku di jalan yg lurus yg mana aku tidak menyeleweng darinya sama sekali.

Ya Allah Ya Tuhan kami! Pindahkanlah aku dari penghinaan maksiat kpd kemuliaan taat & kayakanlah aku dgn halal Mu drpd haram Mu. & dengan kelebihan drpd Mu serta berpaling kpd sesiap selain drpd Mu.  Dan berilah cahaya dlm hatiku & di dalam kuburku serta selamatkanlah aku dari keburukan seluruhnya & kumpulkan bagiku kebaikan seluruhnya.

'Laa haula walaa quwwata 'illa billa hil'aliyyul a'zim.......'

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dgn kemuliaan zat Mu, dgn kemurahan Mu yg kekal abad, dgn nama Mu yg Maha Besar, dgn apa yg diturunkan ke atas Nabi Mu Muhammad s.a.w & sekalian saudara-sudaranya drpd nabi-nabi & rasul-rasul serta keluarganya, sahabat-sahabat & segal pengikut mereka drpd golongan ulama-ulama yg ternama & wali-wali yg soleh juga para solihin.  Dengan kehormatan hari yg mulia ini bahawa Engkau memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w bahawa Engkau ampunkan kami, anak-anak kami, saudara-mara kami, sekalian kaum keluarga kami, gur-guru kami, sahabat handai kami, mereke yg berbuat baik kpd kami, mereka yg kami zaliminya atau menyakitinya & drpd sekalian orang-orang Islam, lelaki & wanita yg hidup atau yg mati.  Engkau memberi rezeki & kebajikan kpd kami di dunia & di akhirat dan Engaku peliharakan kami & mereka dari segala bencana, Engkau jauhkan malapetaka dunia & akhirat.  Salam sejahtera ke atas sekalian rasul-rasul & segala pujian ini tertentu kpd Allah yg memiliki sekalian alam.




Jan 21, 2013

Haji - Doa Di Arafah (Part II)

Ya Allah! Kami sekalian keluar menuju kpd Mu & berhenti di perkarangan rumah Mu, kepada Mu lah kami meletakkan segala harapan kami, kepadamulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kpd dosa kami, Oleh itu kdp mu lah kami berlindungdari bencana dosa kami.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Engkaulah yg memiliki seluruh hajat org2 yg memohon, yg mengetahui segala seluruh kandungan hati org2 yg merayu. Ya Allah, Tuhan yg tiada Tuhan lain yg wajar ditakuti & digeruni. Wahai Tuhan yg tiada mempunya menteri utk dijumpai, yg tiada pengawal utk dirasuahkan, wahai Tuhan yg semakin murah apabila semakin banyak dipohon.

 Ya Allah! Engkau telah disediakan sajian kpd setiap tetamu & kami sekalian adalah tetamu kpd mu, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajian kpd kami.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderamata, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yg berharap dikurniakan habuan, setiap yg memohon rahmat mendapat rahmatmu, maka kami sekalian dtg berjunjung ke rumah mu yg mulia ini & berada di tempat ibadah yg agong ini dgn harapan mendapat rahmat & keampunan mu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah! baguskan agamaku kerana ia menjadi peganganku. Baguskan duniaku kerana disitulah kehidupan ku & bagsukanlah akhiratku kerana itu tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupan ini sbg kesempatan utk memperbanyakkan amal soleh & jadikanlah kematianku sbg tempat istirehat dari semua keburukan.

Ya Allah!  kurniakanlah kami kebaikan, kebahagiaan, kesenangan & ketenangan sepanjang saki baki kehidupan kami di dunia & kedamaian di akhirat.  Lindungilah kami drpd siksa azab kubur & neraka mu serta peliharalah kami drpd fitnah dunia & fitnah akhirat serta fitnah dajjal.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami & berilah kami kekuatan utk meneruskan perjuangan memperolehi haji mabrur & terimalah haji kami.  Kami tidak mampu berdepan dgn Mahsyar mu. kami tidak mahu mempersiakan Arafah mu.  Berilah kami catatan amal di sebelah kanan & masukkanlah kami ke dalam golongan org@ beriman & beramal soleh.  Anugerahkanlah kami rahmat & kasih sayang mu.  Permudahkanlah haji mabrur kami.

Ya Allah! Kami memohon kebaikan baik yg cepat atau lambat, apa yg diketahui & belum diketahui.  Ya Allah, aku memohon syurga & amalan yg dpt mendekatkan kami padanya, baik ucapan ataupun amalan.  Aku berlindung dari neraka & apa sajayg dpt mendekatkan diriku padanya baik amalan ataupun ucapan.  Dan aku memohon agar Kau jadikan setiap keputusan yg Kau tkadirkan itu baik untukku .

"La hau la wala quwwatailla billahil a'liyyul a'zim...."

Ya Allah! Terimalah drpd kami amal kam, sesungguhnya Engkaulah yg maha mendengar lg maha mengetahui.  Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami org Islam yg berserah diri kpd Mu & jadikanlah drpd keturunan kami umat Islam yg berserah diri kpd Mu & tunjukkanlah kpd kami syariat & cara2 ibadat kami & terimalah taubat kami. Sesungguhnya, engkaulah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Allahumma Ya Allah!Wahai yg maha mendengar. Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Engkau yg menguatkan.  Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Engaku yg menggerakkan.  Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Engkau yg memberikan.  Tidak mungkin kami sihat kecuali Engkau yg menyihatkan.  Tidak mungkin kami dpt membantu tubuh ini berwuduk kecuali Engkau yga mengajarkan.  Tidak mungkin lidah ini dpt menyebut namamu kecuali Engkau yg membimbing Ya Allah.

Betapa ramai makhluk yg Engkau ciptakan. Betapa sedikit yg berada di Arafah mu ini Ya Allah...

Ya Allah! Ampunilah seluruh dosa-dosa kami. Engkau menjanjikan haji yg mabrur, bersih dari dosa spt bayi yg baru dilahirkan, alangkah indahnya jika kami Engkau pilih demikian Ya Allah.

Ya Allah! Engkau maha mengetahui betapa menderitanya diri kami dgn lumuran dosa, betapa sengsaranya hidup kami dgn menutup aib, betapa hinanya diri kami dgn maksiat. bersihkan kami Ya Allah bersihkan dosa
kami Ya Allah, ampuni dosa kami kpd orang tua kami, ampuni kami jikalua mereka menyesal melahirkan kami, ampuni dosa kami kpd keluarga kami Ya Allah...!Kepada anak-anak kami, jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat, berikan kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.

"Rabbanaa hablanaa minazwajinaa wazurriatinaa qurratua'yun waj'alnaa lilmuttaqinaimama"

Ampuni Ya Allah jika sekujur tubuh kami ada harta haram di rumah kami Bnyk yg haram, padahal engkau mengharamkan ke syurga bagi yg ditubuhnya ada daging haram, berikan kesempatan kami utk menyucikan diri dari harta haram.  Ya Allah, jauhkanlah segala-galanya. Ya Allah! Cukupilah diri kami ini dgn rezeki mu yg halal.

Ya Allah! Ampunilah jikalau kami sering menzalimi hamba-hamba Mu yg lemah. Berikan kesanggupan bagi kami utk terpelihara dari kezaliman. Ya sami'ul alilm......Wahai yg Maha Mendengar, hanya engkaulah tumpuan harapan kami.  Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yg benar, menjadi ayah yg jujur, menjadi lelaki yg soleh.  Jadikanlah kaum muslimah ini menjadi isteri yg solehah, ibu yg solehah, muslimah yg terperlihara. Kurniakan kpd kami Ya Allah keturunan yg lebih baik dari kami, lindungi kami dari kederhakaan & kehinaan dunia dan akhirat.

Ya Allah! berkatilah sisa umur kami, berkatilah rezeki yg Engaku kurniakan kpd kami, berkatilah ilmu yg Engkau kurniakan, berkatilah sisa umur ini.

Ya Allah! Seklamtkan umat Islam. Ya Allah! Selamatkan umat Islam. Ya Allah, jangan Engkau biarkan Engkau saksikan kami terhina seperti ini.  Persatukan hati kami Ya Allah, bangkitkan para pemimpin yg mencintai mu & mencintai umat mu

Tolonglah saudara kami yg teraniayadi penjara manapun Ya Allah. Jgn biarkan kaum zalimin berjaya atas kaum beriman Ya Allah.  Jgn biarkan kaum yg ingkar kpd mu menzalimi kaum yg bersujud kdp mu.

Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam & umat islam di Palestin, Iraq, Afghanistan & seluruh pejuang agama mu.  Ya Allah! Mereka dlm genggaman mu ya Allah.  Ya Allah!Cegahlah kezaliman ke atas umat mu Ya Allah...

Ya Allah! Selamatkanlah negara kami Malaysia ya Allah.  Engkaulah yg maha tahu keadaan negara kami, jgn biarkan umatmu seramai ini ditindas & dihina.  Bangkitkan Ya Allah!, jadikan negara kami negara yg memancarkan cahaya Islam, menjadi negara yg rahmatan lil'alamin...

Ya Allah! Kurniakan kpd kami pemimpin yg adil & soleh, para pemimpin yg mencintai umatmu, para pemimpin yg teguh hidup di jalanmu, para pemimpin yg benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami.

Ya Allah yg Maha Agong! Undanglah kami, keluarga kami & keturunan kami, dgn orang yg berbuat baik kpd kami. Ya Allah! Izinkan kelak kami bertemu dgn mu Ya Allah, bertemu dgn Rasul mu & bertemu dgn kekasihmu.


Bersambung.....



Jul 28, 2012

Haji - Doa Di Arafah (Part I)

Assalamualaikum WBT,

Uish..!! Diam x diam dah masuk bulan 7, dah seminggu Ramadhan. Lps bulan Syawal nnt, berangkat la plak jemaah utk tahun 1433 H plak menunaikan haji. Aku belum tulih lagi doa yg disarankan baca di Arafah ni (frm Ustaz Hashim, frm Hotel Subra).

Ok la...kita stop dulu cerita-ceriti aku, kena tulih dulu doa ni sbb x lama lagi dah nak musim haji. Rasa mcm beru je balik frm haji ...tup2...dah nak dekat setahun dah rupanya. Doa ni pun aku ada tokok tambah sikit yg mana aku rasa sesuai dimasukkan sekali. Pada hemat aku yg x berapa pandai ni....aku rasa doa ni dah cukup meruntun jiwa & almost cover segala apa yg terbaik utk kehidupan dunia & akhirat...Sebab aku ni x pandai bermadah atau tulih ayat2 power...tu yg yg aku pulun cari doa2 yg agak mmg menusuk jiwa. Rezeki akau Allah ketemukan aku dgn buku 'Amalan Harian Sepanjang Zaman' by Ustaz Ismail Kamus & Buku Haji (x ingat tajuknya by Ustaz Hashim. Buku ni la yg laki aku tertinggai kat dlm plane masa landing kat Madinah tu) . Kalu x nangih baca doa ni....hmmm....x tau la apa nak kata...Tapi bila kat sana nnt, confirm nangih punye lar!!....Aku...Alhamdulillah, dpt beberapa kali baca depan Kaabah semasa berada kat kawasan dataran tu.

DOA KETIKA WUQUF DI ARAFAH

Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami & dosa seluruh umat Islam samadh yg telah mati & yg masih hidup.

Ya Allah ya Tuhan kami....Kami pohonkan apa yg telah dipohonkan oleh Rasululllah saw & kami meminta perlindungan dari apa yg pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.

Ya Allah Ya Tuna kami...kami pohonkan syurga tanpa dihisab & berilah kekuatan, taufik & hidayah kpd kami supaya kami dpt melakukan sebab-sebab yg membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yg membawa kami ke neraka.

"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."

Ya Allah Ya Tuhan kami....Engkau sajalah yg mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin, berilah kekuatan taufik & hidayah kpd kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Ya Allah, tambahkanlah kepada kami ilmu, iman & amal. Hidupkanlah kami dalam Islam & matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami...Kami pohonkan kepada Engkau iman yg sempurna, ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal, anak2 yg soleh, rumahtangga yg bahagia, usia yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg baik & berterusan, hutang yg terbayar,silaturrahim anatara Islam yg baik, mesra & berkekalan, kemsukan ke syurga Mu tanpa dihisab serta keselamatan, kejayaan dan kesenangan di dunia & kahirat kelak.

Ya Allah Ya Tuhan kami...Engkau sajalah yg mengetahui segala yg berlaku id hati kami, hidupkan hati ini & sampaikan hati ini kpd Engkau. Sembuhkanlah segala penyakit mazmumah yg ada di dalam hati kami , selamatkanlah hati kami dari seifat-sifat keji, jauhkanlah kami dari perkara-perkara yg boleh mematikan hati kami & isikanlah hati kami, anak2 kami, ibubapa kami & saudara mara kami dgn sifat mahmudah/terpuji.

"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."
Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah hati kami hati yg sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan & keagungan kerajaan Engkau & masa depan kami di kahirat nanti.

Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah kami ini hamba Mu yg hanya mengabdikan dirikpd Mu dgn sebaik-baiknya, berilah kekuatan taufik & hidayah kpd kami suapay dpt kami lakukan segala apa yg diperintahkan oleh engkau & meninggalkan segala apa yg dilarang oleh engkau.


Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah hati kami ini hati yg sentiasa meneydari masa depan kami di akhirat nanti & jadikanlah kami hamba Mu yg sentiasa bersedia utk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.

Ya Allah ya Tuhan kami...Hidupkanlah kami dalam iman & matikanlah kami dalam iman.  Selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan dan bolehkanlah kami mengucap 'La ila haillallah waashaduannamuhammadar rasulullah' ketika menghembuskan nafas yg akhir nanti.


Ya Allah ya Tuhan kami...Selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman2 syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur & janganlah engkau jadikan kubur kami salah satu lubang dari lubang2 neraka.

Ya Allah ya Tuhan kami...Selamatkanlah kami semasa dlm perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar & masukkan kami ke dalam 7 golongan org2 yg mendapat bayangan naungan Arasy engaku Ya Allah...

Ya Allah ya Tuhan kami...Ampunkanlah dosa kami & maafkanlah kesilapan kami zahir & batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami  Ya Allah dgn hisab yg sedikit, berilah peluang kpd kami untuk mendapat syafaat Nabi kami Muhammad SAW.

Ya Allah ya Tuhan kami...ampunkanlah segala dosa-dosa kami, baik kecil mahupun besar, yg sengaja atau tidak disengajakan, yg halus & kasar, yg pernah kami lakukan, sedang lakukan atau akan lakukan. Jadikanlah hamba Mu inihamba yg berjaya dlm hidup in & berjaya menerima suratan amal dgn tangan kanan.

Ya Allah ya Tuhan kami...Berilah kesempatan kpd kami utk meminum air kolam Nabi kami Al-Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian siratulmustaqim & masukkanlah kami ke syurga Mu bersama org2 mulia di sisi Mu Ya Allah.

"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."

Segala puji bagi Allah yg telah mmerintahkan kami agar berterima kasih kpd kedua ibubpa kami & berbuat baik kpd mereka. Menggesa kami agar merebut peluang berbakti kpd mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kpd mereka, merendah diri & menghormati mereka, mewasiatkan kami supaya mengasihani mereka sebagaimana mereka memelihara & mendidik kami semasa kecil.

Ya Allah...! Rahmatilah kedua ibubapa kami (ulang 3x) & ampunilah dosa mereka, redhailah mereka dgn keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaan Mu.  Dgn Engkau meletakkan mereka di dalam negaa kemuliaan Mu, keamanan Mu, kemaafan Mu & keampunan Mu.

Ya Allah...! Ampunilah mereka dgn sesempurna keampunan yg dengannya Engkau hapuskan dosa2 mereka yg terdahulu & kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan.  Rahmatilah mereka dgn rahmat Mu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya Allah...! Kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai drpd mengingati Mu sebagaiman mereka tetap mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah...! Peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka & kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.

Ya Allah...! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kpd mereka sebaik-baik seruan drpd kmi pada hari kiamat, jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh sehingga Engkau mengumpulkan kami & mereka serta sekalian muslimin di negara kemuliaanmu (syurga) di tempat penetapan rahmat mu & tempat auliya kekasihmu bersama-sama orang2 yg telah Engkau kurniakan nikmat.

"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."

Ya Allah Ya Tuhan kami! Apalah kiranya Engaku akan lakukan pd petang,saat & ketika ini kpd hamb Mu yg hina, yg menagku berdosa & bersalah, yg merayu kpd Mu di atas kejahatannya, yg bertaubat kepada Mu kerana dosa-dosanya, yg memohon keampunan kpd Mu kerana kezalimannya, yg mengharap kemaafan Mu kerana kesilapannya, yg merayu kpd Mu supaya tercapaisegala hajatnya, yg mengharapkan kelimpahanrahmat Mu pada tempat WUQUF in, walaupun dgn dosa yg begitu banyak laksana buih di lautan.

Bersambung.....




Jul 5, 2012

Perjalanan Haji Ku - 13

Keberangkatan ke Arafah
On 4/11/11, pukul 5.30 ptg kami pun bertola ke Arafah. Sebelum nak bertolak tu...perasaan mmg bercampur baur...rasa nervous, takut, suspense, mcm2....Ngalahkan rasa mcm nak pergi buat exam..! Ye la...tiap2 hari ustaz/ustazah dok ingatkan jgn lupa niat haji, jgn buat slah, jgn buat tu, jgn buat ni...so, dah jadi suspense le dibuatnya.  Jalan mmg jam giler sbb semua pakat nak ke sana! Bayangkan 4 juta org menuju ke tempat yg sama dlm waktu yg sama. Tapi...Alhamdulillah, perjalanan ke Arafah ambik masa 1.5 jam jer. Sampai Arafah dah gelap..Tp..mmg best la THTS handle...khemah tersusun dan gated, makanan dah siap, toilet pun hanya utk jemaah THTS je, so x pack la sgt sbb x perlu share dgn jemaah Muasasah or jemaah negara lain.  Ustaz kata, jemaah THTS tahun kami ni lucky sbb dpt corner (petempatan ni, Muasasah Arab yg tentukan). So, toilet mmg khas utk kami.

Utk pakej, THTS sediakan tilam lipat & bantal. Rupenya, tilam & bantal ni THTS bayor sewa kat org Arab, bukannya THTS punya...So, cannot expect too much la. Tilam & khemah kami dah ditentukan nombor tilam masing. So, x payah la nak berebut2.  Silap gak aku x ambik gambor dlm khemah. Rupanya, kat jalan corridor je bersimen, tapi bawah tilam kami masih pasir. So, kena bersapu2 la gak tilam kami tu.  Muasasah lagi kesian, tido atas karpet je...

Aku tengok period aku masih belum clear walaupun dah hari ke-7.  Normally,  hari ke-6 dah kering. Tu la...masa kat sana, anything can happend. Mungkin badan letih..tu yg period x betul tu.Tension betul aku! dah 3 kali aku mandi wajib, ingatkan kering, rupanya belum!. Mandi kat Arafah je la jawabnya.

Di Arafah
Subuh pagi tu, aku mandi di Arafah...Toiletnye....jgn komplen banyak!!! Don't expct too much utk toilet yg hanya diservice setahun sekali. Diam jer & redha...Tapi sejuk gak mandi pagi tu. Walaupun gitu, the toilet is much2 better dari tahun2 sebelum ni. Ada gak few toilets & tandasnya duduk, dan bilik mandi pun ada shower. Okay la tu...apa lagi nak , betui dak?

Aku dpt khemah Z (tilam no. 135). Pagi tu, dpt gak aku solat subuh berbumbungkan langit & berlantaikan bumi secara berjemaah. Perasaan masa tu....Ya Allah...mmg x boleh nak digambarkan...sayu + gembira + bersyukur sangat2 sbb dipilih menjadi tetamuNya...Bercucuran air mata aku bila Ustaz bagi tazkirah, mengenangkan dosa2 lalu, anak@ dan sebagainya. Ustaz pun turut menangis...

Masa Zohor, sekali lagi aku di duga. Sebelum ni, aku selalu berkata dlm hati...org kata, sebaik2 solat di Arafah ialah berbumbungkan langit , berlantaikan bumi.  Masa Zohor, cuaca mmg teramat la panasnya. So, aku & K.Miza (tilam sebelah aku) cari tmpat teduh depan khemah lain, konon2 nak redup. Surau ada kat depan, tpi mmg x berapa nak dengor, so depend kat jemaah yg kat depan kami la.

Oh ya...tiba2 terdengor bunyi helicopter ...rupa2nya, PM & wife pun buat haji gak....Datuk Jamil Khir yg bagi khutbah Arafah. Mmg sedih & sayu masa dengor dia baca khutbah.

Utk Zohor & Asar, jemaah di arahkan Jamak Tamam. Nak dijadikan cerita, mula2 speaker functioning, lepas rakaat ke-2, tiba2 senyap. Kami jemaah yg kat belakang  & dlm khemah ni confuse. Ustaz i solat sunat 2 rokaat dulu ke tap x inform pun. So, aku & K.Miza pun ingat stop l lps rakaat ke-2. Sekali tengok, ada orang still sambung...Hah! Sudah! Kelam kabut di buatnye!. Aku & K.Miza lekas1 lari ke tengah jalan di bawah panas terik & jalan tar yg berlapik tu. Kebetulan, sejadah aku ada sorang makcik tu tgh solat, takkan aku nak tarik plak. Nasib baik ada ruang lagi utk 2 org. Kami pun selit la. Nasib baik K.Miza bawak sejadah, tapi utk lapik kepala masa sujud je la.

Lekas2 kami  masuk saf. Sempat la buat jamak tamam. Tp masa imam solat Asar, aku & K.Miza solat Zohor. Lepas tu terus buat solat Asar.Hah! ambik ko...!! ni baru betul2 beratapkan langit, berlantaikan bumi...! Mmg langit panas, x dak awan, lantai plak x berlapik, x berkasut...Phuh!! Mmg ujian betui kat aku!!
Nasib baik ustaz announce lps tu yg sesapa buat Zohor berimamkan imam yg solat Asar, solatnya sah.

Ustaz ckp, tiap2 tahun ada je ujian kat Arafah, banjir la, khemah terbakar la...tapi utk tahun 2011, ujian kami is solat jamak tamam.  Mmg kelam kabut gak semua jemaah di buatnya. Rupa2nya, speaker rosak xder bunyi lepas rakaat ke-2.  Jemaah wanita la kesian sbb kami mostly kat belakang mmg x dpt dengar.  Terpinga2 kami dibuatnya.  Lagi plak, kami confuse sbb kami boleh dengor speaker frm surau lain yg berdekatan...tu yg x tau yg mana satu nak ikut.  Tapi, syukur Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn tenang dan baik.

Ada lagi satu scene, tgh dengar ustaz berdoa, tiba2 payung besor ice-cream almost terbang kat aku ditiup angin.Nasib baik K.Miza perasan, cepat2 dia tahan payung tu. Mmg aku pun x perasan  langsung dari arah mana payung tu dtg. Tiba2 jer...Kalu kena la...tak tau la apa jadi....

Aku berjaya siapkan wukuf...dan akhirnya boleh dah dipanggil Hajjah Arnida!! Perasaan gembira, terharu, sayu, mcm2 terasa dlm hati...

Masa matahari nak dkt terbenam, aku diuji lagi...rupanya period aku belum clear....Aduahaaaiii....tinggal sikit2 jer..sedangkan hari tu is hari ke-8 dah. So, Maghrib & ISyak, aku x dpt le solat kat Arafah. Aku sempat gak snap gambor masa solat Maghrib berjemaah di Arafah...Terasa tenang setenang-tenangnya.




Perjalanan Haji Ku -12

Salaam...

Bermula dari hari aku bertolak frm KLIA (11.10.11), aku dah mula tulis diary haji aku.  Niat di hati nak simpan memory haji ni kat dlm blog. So..bila tua nnt, boleh baca balik & bayangan semasa Haji tu akan terlintas balik di fikiran.

1st Day in Mekah

Setelah check-in dan rehat, mlm tu pukul 10.00 mlm, kami buat umrah.Orang punya la ramai!! Dekat 2.00 pagi baru selesai umrah kami. Kami twaf kat tingkat 1 je sbb kat dataran Kaabah mmg x boleh masuk..padat sgt!.

Sebebornya, sejak balik buat umrah tahun 2009, aku dok ngidam nak mium jus maggo Mekah...PHUHHH!!!Mmg sedap x terkata!! X bolh nak jumpa kat mana2 la. Even jus manggo kat Restoran Insaf, KL pun x sebest mcm Mekah. On the d way balik hotel, aku tersu beli jus manggo tu...nikmatmya....mmg x terkata. Alhamdulillah...nasib baik batuk & selsema aku dah baik. Aku pun bedal la puas! Allah dah makbulkan doa aku agar batuk & selsema aku pulih bila nak ke Mekah nanti & berkat minum air zam-zam...

Hari2 yg lain, kami x banyak gi shopping sbb plan lps Haji nnt baru buat. Hanya nak concentrate kat ibadat, baca Quran & baca buku agama.

Oh ya...lg stu, sesapa yg pegi ke Mekah, tlg la rasa air jus Mekah 3 warna ni (gambar nnt aa..). Rugi kalu x rasa...mmg sedap giler...! Yg aku beli ni kat  Food Court Safwa Tower, first shop masa nak masuk food court. Mmg best!!  And... jgn lupa makab Kashi Lamb with rice..phuh!! Mmg terangkat kesedapannya!!

Penantian Hari Wukuf

Ustaz mmg x gallakkan jemaah buat umrah banyak2 sbb kena simpan tenaga utk wukuf nanti. So, kami suami isteri mmg x buat umrah la, cuma buat tawaf sunat jer..

Cuaca masa subuh on 27.10.11 tu dah start sejuk, 28'C tp dlm masjid mmg rasa panas sbb mgkin orang terlampau ramai kut.  Ustaz kata, Haji ni sebenornya masa utk honeymoon suami isteri...Mmg benor pun, mostly jemaah, setiap waktu husband & wife je pergi solat berdua except for yg single or pegi dgn family jer pegi beramai2.

Di Mekah, aku nekad, klu boleh setiap waktu nak solat depan Kaabah, at least nampak Kaabah. Tips utk jemaah haji lain, kalu nak senang nampak Kaabah, masuk ikut pintu 55. Kat situ, org x ramai & boleh nampak Kaabah, and depan pancur emas lagi. Cuma situ x dak air-cond la, bercucuran dgn peluh la setiap kali solat....

On 26.10.11, aku berjaya khatam Quran buat 1st time di Mekah. Alhamdulillah...seronok nya mmg x dpt nak bayangkan!!

29.10.11 - 1st day aku uzur....argghh!! tension.  So, aku duduk dlm bilik je lar sbb x berani nak kluar. Pesan ustaz, jgn sesekali berani keluar sorang2.Aku mmg x ambik ubat cptkan period sbb aku takut jdi sebaliknya. Byk gak kisah aku dengor, ada yg ambil pil tahan period or nak cepatkan period, sekali periodnye haywire!! So, aku decided..biar la dia kluar secara natural & cuba amalkan baca doa bagi period cepat kering.

Hari ke-3 perod, aku pegi  jumpa Ustazah mintak doa utk bgi period cepat kering. So,ini yg Ustazah Asma ajar aku tapi suami yg kena buat kita:

1. Baca Al-Fatihah
2. Salawat 3 kali
3. Baca doa 'Cepat Bersihkan Haid', hembuskan ke tangan & sapu dari ari2 naik ke atas pusat sebanyak 3 kali
4. Then, tepuk tulang tongken belakang, sapu naik ke atas - 1 kali
5. Then, ibu jari husband letak kat pusat kita & pusing  - 1 kali

Hari ke-4, aku surpise gak sbb dah x der kluar darah dah. Aku dok berharap sgt period cpt kering sbb aku nak bersolat di Arafah....Once in  a life time tu..!! Tu antara tempat & waktu yg doanya dimakbulkan. Bukan senang nak dpt solat di Arafah...hanya bila buat Haji jer..!Tapi, jemaah wanita kena tunggu 24 jam bermula dari waktu noticed period kering.  Kalu dlm masa 24 jam tu, ada kluar darah balik, solat kita selepas kering tadi tak sah and kena tunggu kering sekali lagi.