Assalamualaikum WBT,
Uish..!! Diam x diam dah masuk bulan 7, dah seminggu Ramadhan. Lps bulan Syawal nnt, berangkat la plak jemaah utk tahun 1433 H plak menunaikan haji. Aku belum tulih lagi doa yg disarankan baca di Arafah ni (frm Ustaz Hashim, frm Hotel Subra).
Ok la...kita stop dulu cerita-ceriti aku, kena tulih dulu doa ni sbb x lama lagi dah nak musim haji. Rasa mcm beru je balik frm haji ...tup2...dah nak dekat setahun dah rupanya. Doa ni pun aku ada tokok tambah sikit yg mana aku rasa sesuai dimasukkan sekali. Pada hemat aku yg x berapa pandai ni....aku rasa doa ni dah cukup meruntun jiwa & almost cover segala apa yg terbaik utk kehidupan dunia & akhirat...Sebab aku ni x pandai bermadah atau tulih ayat2 power...tu yg yg aku pulun cari doa2 yg agak mmg menusuk jiwa. Rezeki akau Allah ketemukan aku dgn buku 'Amalan Harian Sepanjang Zaman' by Ustaz Ismail Kamus & Buku Haji (x ingat tajuknya by Ustaz Hashim. Buku ni la yg laki aku tertinggai kat dlm plane masa landing kat Madinah tu) . Kalu x nangih baca doa ni....hmmm....x tau la apa nak kata...Tapi bila kat sana nnt, confirm nangih punye lar!!....Aku...Alhamdulillah, dpt beberapa kali baca depan Kaabah semasa berada kat kawasan dataran tu.
DOA KETIKA WUQUF DI ARAFAH
Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami & dosa seluruh umat Islam samadh yg telah mati & yg masih hidup.
Ya Allah ya Tuhan kami....Kami pohonkan apa yg telah dipohonkan oleh Rasululllah saw & kami meminta perlindungan dari apa yg pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah Ya Tuna kami...kami pohonkan syurga tanpa dihisab & berilah kekuatan, taufik & hidayah kpd kami supaya kami dpt melakukan sebab-sebab yg membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yg membawa kami ke neraka.
"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."
Ya Allah Ya Tuhan kami....Engkau sajalah yg mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin, berilah kekuatan taufik & hidayah kpd kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Ya Allah, tambahkanlah kepada kami ilmu, iman & amal. Hidupkanlah kami dalam Islam & matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami...Kami pohonkan kepada Engkau iman yg sempurna, ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal, anak2 yg soleh, rumahtangga yg bahagia, usia yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg baik & berterusan, hutang yg terbayar,silaturrahim anatara Islam yg baik, mesra & berkekalan, kemsukan ke syurga Mu tanpa dihisab serta keselamatan, kejayaan dan kesenangan di dunia & kahirat kelak.
Ya Allah Ya Tuhan kami...Engkau sajalah yg mengetahui segala yg berlaku id hati kami, hidupkan hati ini & sampaikan hati ini kpd Engkau. Sembuhkanlah segala penyakit mazmumah yg ada di dalam hati kami , selamatkanlah hati kami dari seifat-sifat keji, jauhkanlah kami dari perkara-perkara yg boleh mematikan hati kami & isikanlah hati kami, anak2 kami, ibubapa kami & saudara mara kami dgn sifat mahmudah/terpuji.
"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."
Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah hati kami hati yg sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan & keagungan kerajaan Engkau & masa depan kami di kahirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah kami ini hamba Mu yg hanya mengabdikan dirikpd Mu dgn sebaik-baiknya, berilah kekuatan taufik & hidayah kpd kami suapay dpt kami lakukan segala apa yg diperintahkan oleh engkau & meninggalkan segala apa yg dilarang oleh engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami...Jadikanlah hati kami ini hati yg sentiasa meneydari masa depan kami di akhirat nanti & jadikanlah kami hamba Mu yg sentiasa bersedia utk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami...Hidupkanlah kami dalam iman & matikanlah kami dalam iman. Selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan dan bolehkanlah kami mengucap 'La ila haillallah waashaduannamuhammadar rasulullah' ketika menghembuskan nafas yg akhir nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami...Selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman2 syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur & janganlah engkau jadikan kubur kami salah satu lubang dari lubang2 neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami...Selamatkanlah kami semasa dlm perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar & masukkan kami ke dalam 7 golongan org2 yg mendapat bayangan naungan Arasy engaku Ya Allah...
Ya Allah ya Tuhan kami...Ampunkanlah dosa kami & maafkanlah kesilapan kami zahir & batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dgn hisab yg sedikit, berilah peluang kpd kami untuk mendapat syafaat Nabi kami Muhammad SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami...ampunkanlah segala dosa-dosa kami, baik kecil mahupun besar, yg sengaja atau tidak disengajakan, yg halus & kasar, yg pernah kami lakukan, sedang lakukan atau akan lakukan. Jadikanlah hamba Mu inihamba yg berjaya dlm hidup in & berjaya menerima suratan amal dgn tangan kanan.
Ya Allah ya Tuhan kami...Berilah kesempatan kpd kami utk meminum air kolam Nabi kami Al-Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian siratulmustaqim & masukkanlah kami ke syurga Mu bersama org2 mulia di sisi Mu Ya Allah.
"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."
Segala puji bagi Allah yg telah mmerintahkan kami agar berterima kasih kpd kedua ibubpa kami & berbuat baik kpd mereka. Menggesa kami agar merebut peluang berbakti kpd mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kpd mereka, merendah diri & menghormati mereka, mewasiatkan kami supaya mengasihani mereka sebagaimana mereka memelihara & mendidik kami semasa kecil.
Ya Allah...! Rahmatilah kedua ibubapa kami (ulang 3x) & ampunilah dosa mereka, redhailah mereka dgn keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaan Mu. Dgn Engkau meletakkan mereka di dalam negaa kemuliaan Mu, keamanan Mu, kemaafan Mu & keampunan Mu.
Ya Allah...! Ampunilah mereka dgn sesempurna keampunan yg dengannya Engkau hapuskan dosa2 mereka yg terdahulu & kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dgn rahmat Mu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.
Ya Allah...! Kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai drpd mengingati Mu sebagaiman mereka tetap mengasihani kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah...! Peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka & kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.
Ya Allah...! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kpd mereka sebaik-baik seruan drpd kmi pada hari kiamat, jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh sehingga Engkau mengumpulkan kami & mereka serta sekalian muslimin di negara kemuliaanmu (syurga) di tempat penetapan rahmat mu & tempat auliya kekasihmu bersama-sama orang2 yg telah Engkau kurniakan nikmat.
"La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyul 'azim..."
Ya Allah Ya Tuhan kami! Apalah kiranya Engaku akan lakukan pd petang,saat & ketika ini kpd hamb Mu yg hina, yg menagku berdosa & bersalah, yg merayu kpd Mu di atas kejahatannya, yg bertaubat kepada Mu kerana dosa-dosanya, yg memohon keampunan kpd Mu kerana kezalimannya, yg mengharap kemaafan Mu kerana kesilapannya, yg merayu kpd Mu supaya tercapaisegala hajatnya, yg mengharapkan kelimpahanrahmat Mu pada tempat WUQUF in, walaupun dgn dosa yg begitu banyak laksana buih di lautan.
Bersambung.....