Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami bertaubat kpd Allah. Kami bertaubat kpd Allah. Kami bertaubat kpd Allah. dan kami menyesal terhadap apa yg kami lakukan. Dan kami berazam untuk tidak kembali berbuat dosa utk selam-lamanya. Dan kami terlepas drpd tiap-tiap agama ug menyalahi agama Islam. Dan kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar-benarnya melainkan Allah yg Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah.
Kami telah redha bahawa Allah itu Tuhan kami & Islam sebagai agama kami & penghulu kami Muhammad s.a.w itu Rasul Allah.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat & kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga & para sahabatnya sekalian. Kurniakanlah kpdnya kesejahteraan yg sempurna & jadikanlah penyanyang & pengasih terhadap kami & orang-orang mukminin sekalian.
Tetapkan & teguhkan iman Islam di hati-hati mereka, sesungguhnya mereka-mereka inilah yg bakal mempertahankan agama Mu & kebenaran di masa akan datang.
Ya Allah Ya Tuhan ku! Dengarlah rintihan kami, dengarlah suara hati kami, kami bertaubat Ya Allah. Ya Allah, kami kembali Ya Allah, kami menyesali di atas segala perbuatan kami.
Ya Allah, ampunkan kami Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami Ya Allah, Ampuni Ya Allah, ampuni kami Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan ku, limpahkanlah rahmat & kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, rahmat yg dengannya menyampaikan hajat kami menunaikan haji ke rumah Mu Baitulharam & mengunjungi maqam kekasih Mu junjungan Nabi Muhammad s.a.w kepadanya dipohonkan kelimpahan rahmat & kesejahteraan semoga kami dikekalkan di dalam sihat afiat, selamat & kesampaian segala hajat kami dan kurniakanlah rahmat & sejahtera ke atas kami & kurniakanlah rahmat & sejahtera ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda s.a.w.
Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....