Apr 26, 2013

Haji -Doa di Arafah (Doa Munajat Seorang Isteri)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas.  Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal.  Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan, kau peliharalah lidahku dari kata-kata yg nista.  Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu, kau berikanlah aku sifat kasih sesama Insan

Ya Allah! Sekiranya suami ku ini adalah pilihan mu di Arasy, berilah aku kekuatan & keyakinan utk terus bersamanya. Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian mu, kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya.  Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dgn sifat tunduk & tawadduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suami ku ini adalah terbaik untukku di dunia Mu, peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.  Sekiranya suamiku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya.

Ya Allah, pautkanlah hatinya kepada ku seorang sahaja.  Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya.  Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan utk aku memperbetulkan keadaannya.Sekiranya suamiku tersesat, kau pandulah aku utk menarik diri keluar dari terus terlena.

Ya Allah! Kau yg maha mengetahui apa yg terbaik untukku, kau juga yg maha mengampuni segala kesilapan & keterlajuranku.  Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai.  Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhirat mu. Sekiranya aku engkar & derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat mu Ya Allah.  Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk mu, aku buta tanpa bimbingan mu, aku cacat tanpa hidayah mu, aku hina tanpa rahmat mu Ya Allah.

Kuatkanlah hati semangat ku, tabahkanlah aku menghadapi segala cubaan mu.  Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami.  Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama mu kerana pendek akalku mengharungi ujian mu.

Ya Allah Ya Tuhank ku! Aku hanya ingin menjadi isteri & ibu yg dirahmati, isteri & ibu yg dikasihi, isteri & ibu yg solehah, isteri & ibu yg sentiasa di hati suamiku & anak-anakku.  Amin, amin yarabbal aalamin...

Ya Allah! Kurnniakanlah kpd kami kebaikan hidup di dunia & akhirat, dan selamatkanlah kami dari azab api neraka.


(Sebenarnya ada cerita di sebalik bagaimana aku mendapat doa ini...tu lah...di sana, apa aje yg terlintas di hati, Allah dengar, malah dia akan beri lebih lagi.  Ceritanya begini, ada dalam satu ceramah ni, sorang ustaz tu dia bacakan doa yg panjang sebelum kami bertolak ke Arafah. Towards the end of the doa, aku rasa mcm familiar je doa tu, mcm pernah aku baca. Sekali, rupanya doa ni sama spt doa utk di baca kat Arafah yg aku dah catat dlm buku nota aku.  Cuma, doa ustaz ni lagi panjang & comprehensive.  So, aku berniat nak buat sdkt kebajikan sbb aku rasa x ramai jemaah prepare doa yg panjang utk dibaca kat Arafah, atau mungkin ada yg x prepare langsung sebarang doa utk di baca di sana nnt. Alangkah ruginya sbb kita  mungkin diberi rezeki sekali seumur hidup utk bermunajat di Arafah pada hari wuquf. So, baik gunakan peluang yg ada ni utk berdoa sebanyak yg mungkin.  Belum tentu Allah akan pilih kita lagi di masa hadapan, Wallahua'alam....

Back to cerita aku tadi...so, masa aku uzur tu, aku mengambil kesempatan utk tulis doa ni dlm kertas kajang (guna tangan you....lenguh wehhh...berhari-hari aku tulih). Ingat nak pinjam komputer ustaz/ustazah tp segan plak. So, aku decided tulih dgn tangan je.  Abih tulis (rasanya dlm 5-6 mukasurat la gak), aku ajak laki aku gi kedai fotostat, nak buat few copies then distribute kat jemaah2 yg lalu depan aku.  Sekali, rezeki aku baik.  Ada sorang pakcik ni, dari hotel seberang kami pun sdg fotostat. Laki aku mintak tengok doa tu....Sekali doa tu adalah doa yg di baca oleh Ustaz yg bagi ceramah kat kami earlier.....Gembira x terkira aku.  Allah maha mendengar lg Maha Menolong.  Bukan tu aje, dia bagi bonus lagi kat aku sbb pakcik tu pun tgh buat copy 'Doa Munajat Seorang Isteri'.  So, kami pun buat few copies & sambil balik ke hotel, distribute la kat jemaah2 yg lalu depan kami.  Hopefully, ada gak jemaah2 lain buat few copies utk diberi kpd kwn masing2.  Kami nak buat copies byk2, x sanggup la sbb mahal buat photocopy kat sana. X ingat berapa...tp mahal la...! Masa haji semunya mahal. Korang bayangkan, pad wanita 10 pieces tu pun deme jual RM21 Riyal (RM21 hinggit!!). Bayangkan!! 

So, dgn tertulisnya doa ni dlm blog aku, sesapa yg terbaca...Alhamdullillah...dpt gak aku menolong bakal jemaah2 yg sdg tercari-cari doa yg best utk di baca kat Arafah nnt. Pada aku, doa2 ni best sbb aku ni x reti nak menyusun/mengarang ayat2 power & menusuk kalbu. Mmg syukur sgt aku terjumpa pakcik tu.