Feb 27, 2012

Tips/Doa Melembutkan Hati

Diambil drpd http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/04/07/tips-lembutkan-hati/   


Sesuai utk dibaca utk lembutkan hati suami,anak2 dan sesiapa saja...



Cara-Caranya:
1. Istighfar serta selawat sebelum membacanya dengan niat yang baik.
2. Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:
"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir".
3.Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:
"Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah"
4. Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa.
"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud".
“setitik hitam jika tidak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hari kita”

(tips tambahan:  Kalau apa yg diajar oleh Mak aku..(ini ustaz yg ajar), masa doa Al-Fatihah, selepas baca ayat ke-4 yg bermaksud 'Kepada Mu ku memohon ampun dan kepada Mu ku memohon pertolongan', niatkan dalam hati... "Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku (atau nama sesiapa yg berkenaan), sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud". Selepas tu,habiskan ayat2 yg seterusnya.

No comments:

Post a Comment