diambil drpd blog http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/04/26/tips-sujud-syukur/
Sujud Syukur
Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan
kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang
dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan
malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita
diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Caranya:
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat
2.
Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4.
Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang
fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini
maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua
sujud).Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas
bangun dari sujud, beri salam.
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas
merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah
tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis
Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan
peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat
tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca
sewaktu sujud :

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang
menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan
penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu
mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud.
Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak
lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.