Feb 13, 2012

Perjalanan Haji Ku 6

Wokehh...! Mari aku sambung balik kisah perjalanan Haji 2011 ku yg tergendala sebentar sbb dok sibuk mendesign blog business aku yg bakal launching entah bebila....


Aku mmg thumbs up la cara TH handle check-in . Mmg efficient. Dalam masa 30 minit je dah ada kat dewan (lps check-in beg & ambil passport). Dlm dewan, kami diberi taklimat & diarahkan perbetulkan jam ikut waktu Arab Saudi..Cepat betui! Oh ya!. Masa tadi, mak, Akmal, Aizat & adik beradik ku turut menghantar kami. Semasa beratur, Akmal nampak muka stone je but Aizat dah start nak nangis..Aku pun terasa sebak yg amat sgt sbb terpaksa meninggalkan anak2 yg masih kecil...tapi nak sedapkan hati balik...aku cakap dlm hati yg ini mgkin ketentuan Ilahi. Org yg dah bertahun menunggu x dpt pergi, aku baru 1st time apply, Allah dah panggil. 


Mgkin Allah ingin menduga aku.Selain drpd itu, aku sedang berjihad ke jalan Allah..So.., anak2 is 2nd priority dah skrg. 


Selepas kami keluar dewan, dlm pukul 1.00 am, kami sudah beratur utk naik bas.  Wahh!! Rasa mcm org besor plak sbb bas kami diescort oleh pakcik-pakcik polis..Grand jer rasa.  


Sampai kat airport, dah x yah check-in.  Dah x leh jumpa saudara mara lagi dah sbb kami dah terus masuk balai menunggu utk masuk perut kapal terbang.  Utk pakej THT, mereka guna Saudi Air. So...bermulalah perjalanan aku & suami menuju ke Madinah Munawarah selama 8 jam ...