Di Madinah...
Kami berada di Madinah selama 10 hari. Ha..kat sini aku dah diduga sbb dpt selsema yg teruk sgt sampai susah nak bernafas. Tapi Alhamdulillah...demam tak der.
Aku makan ubat selsema yg dibawak dari Malaysia pun x jalan. Sekali, Allah temukan aku dgn sorang jemaah ni yg pegi haji for the 2nd time. Dia kata, better pegi klinik sbb TH lebih arif & tau ubat apa yg sesuai utk weather di Madinah. Aku bukan x nak pegi klinik tapi nak que tu ambik masa lama sbb klinik tu untuk jemaah Muasasah sekali..tp aku pegi gak. Alhamdulillah...selepas 2 hari makan ubat, dgn izin Allah, selsema aku sembuh.
Di Madinah, aku dah niat aku nak penuhkan 50 waktu di masjid....Alhamdulillah...Allah makbulkan doa aku & aku dpt solat penuh 50 waktu di Masjid Nabawi. Cuma masa waktu Subuh, aku beberapa kali solat di kawasan luar masjid je sbb dah penuh (terlambat. Kalu nak dpat dalam kena at least 1 hour before masuk waktu sbb jemaah punya la ramai!!). Lagipun, at least hidung aku pun x tersumbat bila solat di luar. Tapi cuaca subuh di Madinah mmg sejuk & nyaman sangat-sangat..
Kat sana plak..to ensure that aku dpt solat dalam masjid, lepas solat Asar, aku akan stay hingga ke Insyak. Sebab, waktu petangnya punyala panas & aku takut kalau aku balik hotel, jgn harap la dpt solat Maghrib dlm masjid. Lagipun, aku dah niat nak cuba khatam Quran kat Madinah...tp..aku x dapat khatam di Madinah. Aku hanya dpt khatam di Mekah. Ustaz kata..kita mesti cuba try khatam sebanyak yg boleh utk dpt keberkatan & redha berlipat kali ganda...tp tu la...yg tu aku ralat sikit sbb x dpt nak buat abis.
Aku gak berjaya puasa sehari di Madinah, sehari semasa hari bertolak ke Mekah & sehari semasa di Mekah. Whilst habibi plak..mmg dia dah biasa puasa Isnin & Khamis masa kat Malaysia lagi..so..x terasa la sgt. Tapi...yg miraclenya....aku mmg x terasa lapar sgt masa puasa hari nak bertolak ke Mekah tu walupun makan sahur dgn Maggie jer.
Aku cuba gak nak solat kat Raudhah sebanyak yg mungkin tp dpt 3 kali jer...Sebab aku x sanggup nak bertolak2 & bersesak kat dlm tu. Lagipun, nak nunggu masuk jer dah dekat 2 jam lebih....Cukup le kut...Insya'Allah, ada rezeki dtg utk umrah..akan dtg lagi ke Raudhah.
Tapi musim haji ni mmg best sbb mcm2 fesyen pakaian yg setiap country/group jemaah pakai. Yg bestnye, jemaah Indonesia sbb diaorang dtg drpd pelbagai daerah/kampung & setiap kampung mcm jenis fesyen deme pakai utk differentiate group diaorang. Ada yg pakai reben kat kepala, mafla, selendang colourful, jeket, blazer & mcm2 lagi. Memang syok!!..Tapi one thing aku respect, org Indonesia ni memang kuat ukhuah deme & takkan berpecah, selalu pegi & balik in group. Yg org Afrika plak lain plak bajunye, India, Turki, Iran pun ada fesyen deme tersendiri.
Tapi..kalu tengok jemaah Afrika memang kesian....since hotel diaorang mmg teramat jauh frm masjid, deme akan stay kat masjid sampai Isyak. So, in the mean time tu..deme akan baring2 & tido kat masjin je la..
(Aiseh..!Silap la x snap gambor2 jemaah yg beraneka pakaian ragam..:(