Awal Syawal 2011, THTB bagi surat suruh pergi taklimat Haji kat Kelana Jaya. Tapi, status surat still "R: which stands for "Rayuan". Dlam hati rasa pelik plak..kenapa deme panggil since kami ni belum terpilih. Rupa2nya..dia panggil semua yg daftar for pakej, x kira apa jua status.
Masa taklimat, TH inform yg TH akan buat Kursus Haji Perdana kat Masjid Shah Alam. Hati berat gak nak pergi sbb dah plan nak buat doa selamat cum Open House (for the 1st time). Lagipun..belum dpt jawapan lagi whether terpilih ke dak..
Last2 Hubby cancelled open hse. Dia ckp "'Kursus Hj Perdana ni lagi penting". So, on 17 Sept 2011, kami pun pergi la kursus Hj Perdana selama 2 hari. Patutnya kena tidor kat sana tetapi sbb susu dah penuh (1st time Asri x hisap for more than 20 hrs) & sakit giler..terpaksa balik gak & terus pam! Phuh lega...
Hari Isnin (18 Sept), Hubby called suruh check website Tabung Haji sbb Fauziah informed him that nama Hubby naik.
Mcm x percaya jer bila tengok sreen yg selama ni displayed ' Tiada Maklumat' sekali penuh dgn maklumat tertulis.."Anda Terpilih". Eh! Betui ke aku pegi ni..mcm mimpi jer..Nak kata happy pun dak...sedih pun dak..Itu la perasaan pertama aku bila dpt tahu..Dlam hati berkata " Ya Allah...kenapa hati ni x rasa seronok ..kenapa rasa kosong jer..Ya Allah..maafkan aku...". Lagi rasa sedih tu sbb dah fixed date flight on 4th Oct...La! Apasai cepat sgt? Aku belum ready lagi ni..kalau camtu..tinggal 1 weekend jer lepas kenduri nak prepare..Mana sempat!. Dah la aku punya 'best friend' dtg 3 or 4th Oct, silap haribulan, aku dpt sehari je solat kat Masjid Nabawi..
Aku pun informed Hubby pasai ni & mintak tukar lewat sikit. Hubby aku pun cepat2 pegi Tbg Haji to change the date. Tapi org Tbg Haji kata, on 11th tu alone, dah ada 8 org que for that date..Dlm hati berkata.."Alamak..sayang la x dpt solat banyak kali kat Masjid Nabawi & Raudhah".
Sesungguhnya..Allah Maha Mendengar & Maha Pengasih...Dia mendengar masalah ku..Sehari sebelum kenduri..Hubby informed that kami dapat tarikh 11 Oct tu..Surat frm Tabung Hj pun dah terima...Alhamdulillah...!! At least, ada 2 weekend lagi aku nak prepare barang nak bawak & keperluan anak-anak. Aku buat sujud Syukur..Ya Allah...sesungguhnya aku telah banyak membuat kesalahan kepada Mu tapi Dikau masih juga menolongku..Di waktu ini aku semakin yakin yg Allah memang telah memilih aku menjadi tetamunya...Ya Allah..permudahkan segala urusan & perjalan Haji ku..Aminnn...
Setiap hari aku berdoa agar Allah subhanawata'ala memberikan ku perasaan untuk bersungguh-sungguh dan ikhlas melakukan Haji ini seperti Hubby ku. Aku kena assume yg ini mungkin Haji aku yg pertama & terakhir..
So..masih ada masa lagi aku untuk buat ulangkaji & baca buku2 yg masih belum bersentuh serta catat nota-nota haji & kumpul doa org yg ingin menyampaikan niat mereka semasa aku di sana nanti. Ustaz pun ada cakap..'"Kalau kita doakan pesanan orang...kebaikan tu akan dapat balik kat kita".. Sapa x nak kan? So, aku pun masih punyai masa untuk email semua kawan2 office ..sesapa yg ingin sampaikan pesanan..boleh tulis dlm kertas & bagi aku.