May 24, 2010

36 Petunjuk Manusia Sudah DiAkhir Zaman

Syukur Alhamdulillah...tergerak hati nak beli buku ni semasa lawat jiran mak (Arwah Pakcik Aziz) di hospital Serdang.  Jualan drpd buku ni utk disalurkan kepada anak2 yatim & orang susah.  Best gak buku ni sbb dia ceritakan perkara- perkara yg menunjukkan manusia sudah pun berada di akhir zaman of which all the signs below already shown today. Tajuk bukunya...'Sedarkah Kamu Wahai Manusia: Antara Semalam & Hari Ini', nukilan Wan MD Jamal B Wan Md Saman, terbitan WJSB Resources.

Petunjuk-Petunjuk Manusia Sudah DiAkhir Zaman
1. Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam
2. Ilmu agama akan beransur-ansur hilang
3. Umat Islam mengikuti langkah Yahudi dan Nasrani
4. Kewujudan golongan anti-hadis
5. Golongan yg sentiasa menang ( yg bersungguh2 pelajari agama dan memperjuangkannya)
6. Wujudnya kembali penyakit-penyakit umat dahulu
7. Islam kembali dagang (terasing dan tersisih dari masyarakat)
8. Manusia kian tamak dalam menghimpun harta kekayaan
9. Rasuah mula berleluasa
10. Sifat amanah akan hilang sedikit demi sedikit
11. Orang baik berkurangan, orang jahat bertambah
12. Masih meneruskan perbuatan haram & maksiat walaupun tahu hukumnya
13. Munculnya galian-galian bumi
14. Tanah Arab yang tandus menjadi lembah subur
15. Orang sudah tidak peduli dari mana dapat harta
16. Harta riba wujud di merata tempat
17. Orang minum khamar (arak) dan menamakan bukan khamar
18. Sedikit lelaki dan banyak perempuan
19. Hamba menjadi tuan, banyak bangunan pencakar langit
20. Orang jahil rajin beribadat dan ulama' yang fasiq
21. Orang yang memegang agama seperti pegang bara api
22. Wujud golongan ruwaibidhah ( orang benar diketepikan, orang fasiq & khianat disanjung)
23. Peperangan demi peperangan
24. Masa akan menjadi singkat
25. Ujian dahsyat terhadap iman
26. Peperangan kerana merebut kekayaan
27. Ketiadaan imam untuk sembahyang berjemaah
28. Ulama tidak diperlukan
29. Islam hanya pada nama sahaja
30. Al-Quran hilang dan ilmu diangkat
31. Lima belas maksiat yg menurunkan bala
32. Lima maksiat yg disegerakan balasannya
33. Bermegah-megah dengan masjid
34. Menggadaikan agama kerana dunia
35. Haji dan umrah bukan kerana Allah S.W.T
36. Ekonomi meningkat, orang perempuan bekerja, kemudahan alatulis